Pusaka dan gambaran Hammurabi

Di bawah pemerintahan pewaris-pewaris Hammurabi, Empayar Babylon dilumpuhkan oleh tekanan daripada tentera Hittite yang menjarah Babylon sekitar 1531 SM (pendek).[25] Bagaimanapun, yang menakluki Babylon pada akhirnya merupakan Kassit yang memerintah Mesopotamia selama 400 tahun, sambil mengekalkan sesetengah unsur kebudayaan Babylon, termasuk undang-undang Hammurabi.

Atas bakti Hammurabi sebagai penggubal undang-undang, gambaran wajahnya terdapat di sesetengah bangunan kerajaan di Amerika Syarikat. Hammurabi adalah salah satu daripada 23 orang tokoh perundangan terkenal yang terukir pada timbulan bes marmar di bilik persidangan Dewan Perwakilan di Kapitol Amerika Syarikat.[26] Juga terdapat sebuah friz oleh Adolph Weinman yang menggambarkan "penggubal undang-undang teragung dalam sejarah", termasuk Hammurabi, di tembok selatan Bangunan Mahkamah Agung Amerika Syarikat.[27]